27.5.10

Guru...realiti cabaran seorang guru pada masa ini

Guru...realiti cabaran seorang guru pada masa ini Saban hari kita didedahkan dengan pelbagai cerita tentang guru yang dilihat sebagai hilang pertimbangan dalam mendidik anak bangsa. Media massa yang mencari berita sensasi selalu tersenyum puas apabila dapat mengeluarkan cerita sensasi sebegini. Kita dapat melihat pada masa kini, disiplin murid berada pada tahap yang amat membimbangkan. Tetapi salah siapakah sebenarnya perkara ini terjadi? Guru yang cuba untuk mendidik murid agar menjadi insan yang berguna sering dipersalahkan apabila menggunakan pendekatan yang dikatakan agak keterlaluan. Tetapi adakah hanya dengan memberi kaunseling, memarahi murid sahaja sudah cukup untuk mendisiplinkan murid? Untuk mendidik murid, kadang-kadang guru perlu untuk bertindak lebih tegas seperti merotan, memulas telinga dan sebagainya tetapi tidaklah sampai patah, capik dan sebagainya..Namun guru pada hari ini seolah-olah telah diikat tangannya dan hanya mampu melihat 'kenakalan' anak murid yang saban hari semakin berani melanggar disiplin kerana 'ketidakupayaan' guru.. Guru yang dahulunya hanya mampu melihat akan 'kenakalan-kenakalan' extrem ini akhirnya akan hilang kesabarannya apabila kredibilitinya sebagai seorang guru diperkotak katikkan lantaran sikap murid yang semakin keterlaluan. Maka kita dapat melihat pada masa kini bermacam-macam kisah guru yang dipertontonkan kerana tidak berupaya lagi untuk memendam perasaan. Selain itu, akhir-akhir ni semakin galak pula akhbar menyiarkan berita mengenai ‘keganasan’ guru mendera pelajar. Antara yang menggegarkan negara kita baru-baru ini: 1. seorang guru besar sekolah menengah telah menampar 22 pelajar kerana gagal atau sengaja gagal siapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru mereka 2. seorang guru telah merotan beberapa pelajar tahun 3, juga kerana gagal siapkan kerja rumah 3. seorang warden asrama pelajar perempuan telah mendenda lebih 200 pelajar berendam dalam kolam atas kesalahan perbuatan membuang tuala wanita dalam tandas Persoalannya, apakah tindakan guru-guru berkenaan wajar diklasifikasikan sebagai penderaan? Mengapa media ataupun kumpulan ibubapa yang komplen itu langsung tidak menganggap tindakan guru-guru tersebut sebagai satu proses pendidikan? Inikah caranya untuk kita melahirkan generasi yang akan datang..kawan-kawan boleh tak kita sama-sama berkongsi pendapat tentang isu ini…