30.5.10
10 Jenis Makanan Antikolesterol
1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).
2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.
5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.
8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.
9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.
Imbasan Sejarah Pendidikan di Malaysia
Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan
* Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
* Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
* Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
* Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua
Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini
* Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
* Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
* Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
* Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
* Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
* Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan
Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979
* Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
* Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
* Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
* Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
* Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
* Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan
Rang Undang Undang Pendidikan 1995
* Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara
* Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan
* Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun
* Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan
* Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan
* Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta
Visi
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Misi
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Matlamat
* Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
* Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
* Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
* Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Anggota Pentadbiran Menteri Pelajaran
Anggota Pentadbiran Menteri Pelajaran
Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin
Timbalan Menteri Pelajaran I
Y.B. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri Pelajaran II
Y.B. Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi
Takwim Sekolah
Kumpulan B
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 04.01.2010 29.01.2010 20
Hari Persekolahan 01.02.2010 26.02.2010 20
Hari Persekolahan 01.03.2010 12.03.2010 10
Cuti Pertengahan Penggal 13.03.2010 21.03.2010 9
Hari Persekolahan 22.03.2010 31.03.2010 8
Hari Persekolahan 01.04.2010 30.04.2010 22
Hari Persekolahan 03.05.2010 31.05.2010 21
Hari Persekolahan 01.06.2010 04.06.2010 4
II Cuti Pertengahan Tahun 05.06.2010 20.06.2010 16
Hari Persekolahan 21.06.2010 30.06.2010 8
Hari Persekolahan 01.07.2010 30.07.2010 22
Hari Persekolahan 02.08.2010 31.08.2010 22
Hari Persekolahan 01.09.2010 03.09.2010 3
Cuti Pertengahan Penggal 04.09.2010 12.09.2010 9
Hari Persekolahan 13.09.2010 30.09.2010 14
Hari Persekolahan 01.10.2010 29.10.2010 21
Hari Persekolahan 01.11.2010 19.11.2010 15
Cuti Akhir Tahun 20.11.2010 02.01.2011 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78
Pendidikan di Malaysia
Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah.
Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral.
Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, mereka akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Ujian tersebut menguji:-
* Penguasaan kefahaman, penulisan dan lisan bagi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
* Penguasaan kemahiran matematik
* Penguasaan konsep sains
29.5.10
Teknik belajar
Cuti sekolah sudah bermula. Bagi pelajar yang sudah lama mengidam untuk bebas daripada belenggu jadual persekolahan, inilah masanya. Tidak perlu kelam kabut bersiap di waktu pagi dan tidak perlu memeningkan kepala menyiapkan kerja sekolah pada waktu malam.
Namun untuk segelintir pelajar, cuti sekolah ini mahu juga diisikan dengan sesi pembelajaran dan ulangkaji. Disusunnya semua buku di depan mata dengan kemas. Semua pensel telah diasah dan semua pen dan buku tulis sudah tersedia. Namun masalah, di mana hendak bermula? Subjek apa yang patut dipelajari? Latihan apa yang perlu dilakukan?
Jika anda menghadapi masalah tidak tahu di mana hendak bermula, saya ingin cadangkan 5 langkah di bawah. Langkah ini pernah saya cadangkan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2008. Saya percaya langkah-langkah ini boleh membantu.
5 langkah untuk belajar semasa cuti sekolah.
Langkah pertama - Ambil sekeping kertas, senaraikan semua subjek yang anda ambil. Tuliskan gred yang biasa diperolehi atau gred yang diperolehi pada peperiksaan akhir tahun lalu. Tuliskan juga gred yang ingin diperolehi (gred matlamat) dalam peperiksaan sebenar nanti. (Tulis seperti jadual yang disediakan di bawah)
SmartStudy
Langkah kedua - Kenalpasti mana-mana subjek yang yang gred sekarang dan gred matlamat agak jauh berbeza jaraknya. Subjek-subjek ini perlu diberi keutamaan untuk dipelajari semula dan diulangkaji. Jadi, jika mahu bermula, mulakan dengan belajar subjek-subjek lemah ini.
SmartStudy
Kebanyakan pelajar, jika ada masa terluang, mereka pasti akan mahu belajar subjek yang mereka suka dan subjek yang mereka selalu skor dengan baik. Seperti contoh di atas, belajar subjek yang sudah mendapat gred A tentu lebih menyeronokkan berbanding subjek yang mendapat gred D bukan? Namun, saya cadangkan untuk anda luangkan masa dalam cuti sekolah ini untuk menguatkan semula pemahaman dan penguasaan anda dalam subjek yang lemah itu.
Langkah ketiga - Untuk subjek-subjek yang perlu diberi keutamaan ini, senaraikan pula semua topik-topiknya. Kemudian kenal pasti topik mana yang dirasakan paling lemah.
Langkah keempat - Antara senarai topik paling lemah ini, pilih topik yang paling pendek dahulu untuk dikuasai. Apabila kita mulakan dengan topik yang paling pendek, ia kelihatan seperti yang paling senang. Jadi keyakinan diri akan jadi tinggi sedikit. Ia membuat proses pembelajaran menjadi lebih mudah.
Langkah kelima - Belajar topik-topik itu semasa anda paling aktif dan bertenaga. Begini. Jika ada dua subjek yang ingin dipelajari, belajar subjek yang anda lemah dulu. Seperti yang saya terangkan tadi, pelajar suka belajar subjek yang mereka boleh skor dahulu berbanding subjek lain. Ini akan membuat pelajar ini rasa letih dan penat semasa mahu mula belajar subjek yang lemah itu. Jadi, kali ini, apabila ada masa terluang dan ketika minda dan fizikal masih cergas, belajar subjek yang dirasakan lemah tadi.
Kemahiran Belajar
Belajar Cara Sistem PQRST
Sistem PQRST adalah suatu cara yang diperkenalkan oleh EL Thomas dan Ha Rabinson dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class". Berikut adalah lima item yang menjadi tunjang sistem ini.
(a) Preview ( mengimbas Tajuk-tajuk Penting )
Dalam item ini pelajar disarankan agar melihat tajuk utama dalam sesuatu bab dan seterusnya melihat tajuk-tajuk kecil yang menjadi rangka dalam menggambarkan maklumat atau isi penting dalam keseluruhan bab.
(b) Question ( Menyoal )
Daripada rangka ini, bina soalan yang boleh membantu anda mencari isi penting. Dengan cara ini anda boleh mengingati sesuatu dengan lebih jelas.
(c) Read ( Membaca )
Membaca sesuatu tajuk akan menjadi lebih bermakna kerana setiap ayat menjawab soalan anda sendiri dari rangka topik.
(d) Self-Recitation ( Menyebut Satu Persatu )
Apabila anda sudah membaca, anda perlu mencatat atau melakar sesuatu gambarajah berkaitan dengan apa yang difahami. Kemudian baca isi penting itu semula tanpa melihat nota yang telah anda catatkan.
(e) Test ( Ujian )
Untuk memastikan anda sudah memahami dan mengingati fakta sebaiknya, anda perlu membuat penilaian kendiri. Dua cara boleh dilaksanakan iaitu melaksanakan ujian-ujian tahun lepas tanpa melihat rujukan dan menggunakan teknik soal jawab dengan bantuan rakan.
Memanfaatkan Musim Cuti Sekolah
Memanfaatkan Musim Cuti Sekolah
Keluarga yang bahagia menjadi idaman orang yang akan berkeluarga dan yang sudah berkeluarga. Mereka mengidamkan agar hubungan kekeluargaan antara anak-anak dan ibu bapa menjadi sangat rapat dan erat. Segala masalah keluarga cuba dihadapi bersama. Mereka menginginkan supaya kehidupan keluarga mereka sentiasa dipenuhi dengan gelak tawa dan suasana yang ceria. Bagi anak-anak, mereka mengharapkan agar ibu bapa mereka akan sentiasa mempunyai masa untuk bersama dengan mereka supaya mereka dapat bermesra dan bersukacita bersama mereka. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang masih bersekolah, pada musim cutis ekolah ini, mereka mengharapkan agar ibu bapa mereka dapat meluangkan masa bersama-sama dengan mereka.
Tetapi bagaimanakan dengan ibu bapa ? Adakah masa yang dapat mereka luangkan untuk memenuhi musim cuti sekolah ini bersam-sama dengan anak-anak mereka ? Adakah mereka membuat perancangan untuk membawa anak-anak mereka untuk bercuti ke mana-mana tempat yang menarik di seluruh negara sempena kempen ‘cuti-cuti Malaysia’? Walauapa pun, abgi ibu bapa yang ingin mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka, sudah tentulah mempunyai suatu rancagan yang menarik bersama anak-anak mereka. Namun, masih ramai juga di antara kita yang sentiasa sibuk dengan tugas seharian kita. Terutama bagi ibu bapa yang bekerja, kesibukan ini menghalang mereka untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka di rumah. Dalam masyarakat tradisional, suami istero mempunyai peranan khusus iaitu suami bekerja dan isteri menjadi suri rumah. Apabila masyarakat bertambah maju dan tenaga wanita diperlukan, ramai isteri dan ibu-ibu yang keluar bekerja. Kehidupan pada zaman moden yang semakin canggih ini menuntut kos hidup yang semakin mahal. Oleh itu, ramai ibu bapa yang bekerja bagi menambah pendapatan keluarga. Tanpa pendapatan yang mencukupi kehidupan keluarga akan menjadi lebih sukar, terutama bagi keluarga yang lebih ramai anak. Maka, apabila kedua-dua ibu bapa keluar bekerja, anak-anak ditinggalkan dengan pengasuh atau pembanturumah. Dan apabila pulanbg dari kerja pula, ibu bapa terlalu letih untuk bermesra, bermain atau bersuka ria bersama anak-anak mereka. Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak tidak dapat merasai hubungan yang erat dengan ibu bapa mereka. Jadi untuk menghabiskan masa cuti sekolah mereka, ramai anak-anak yang suka menonton televisyen, bermain komputer dan internet, melepak dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Televisyen dn komputer berfungsi menjadi teman karib anak-anak. Kanak-kanak sangat mudah terpengaruh dengan iklan-iklan di televisyen. Rancangan kanak-kanak sering diselang-selikan dengan iklan-iklan yang mempromosikan makanan yang kurang berkhasiat serta minuman berkarbonat atau kordial manis yang tidak baik untuk kesihatan kanak-kanak. Kanak-kanak ini kemudiannya memujuk atau kalau tidak berjaya, mendesak ibu bapa supaya membeli mainan atau makanan yang diiklankan. Walaupun minda kanak-kanak berkembang menerusi pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi internet, namun tanpa pengawasan serta penyertaan ibu bapa, kanak-kanak mungkin terlalu bebas mendapatkan maklumat yang tidak memanfaatkan mereka. Ada juga anak-anak yang mungkin menjadi ketagih komputer dan menghabiskan berjam-jam dengan berbual kosong menerusi "chat-line" yang disediakan.
Anak-anak remaj pula yang kurang pengawasan ibu bapa terutama yang tinggal di bandar-bandar, menghabiskan masa mereka dengan melepak di kompleks-kompleks membeli belah serta melaksanakan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti merokok. Jesteru itu, sempena cuti sekolah ini, tambahan pula cuti hari Sabtu pertama dan ketiga setiap bulan bagi ibu-bapa yang bekerja, luangkanlah masa cuti ini untuk bersama-sama dengan anak-anak dengan pergi melancong dalam negeri. Lakukan aktiviti-aktiviti yang menarik dan dapat mengeratkan kasih saying dan hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa harus memberi perhatian penuh kepada pembesaran dan perkembangan anak-anak. Seperti kata pepatah yang berbunyi ‘melentur buluh, biarlah dari rebungnya’, anak-anak perlu diasuh dan dibimbing sejak kecil lagi. Pengetahuan, pendidikan agama dan kasih saying perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi dan pada musim cuti sekolah inilah masanya yang lebih baik lagi untuk bersama-sama dengan anak-anak masih kecil lagi dan pada musim cuti sekolah inilah masanya yang lebih baik lagi untuk bersama-sama dengan anak-anak. Walaupuan ibu bapa bekerja, itu bukanlah alasanuntuk mengelakkan diri daripada memikul tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak sebaik mungkin sehingga menjadi insane yang baik, berpengetahuan, mulia dan terpuji. Tugas ini dapat dilakukan hanya dengan meluangkan masa untuk mengenal mereka, mengajar mereka dan belajar daripada mereka. Manfaatkan musim cuti sekolah anak-anak.
Antara tips memanfaatkan musim cuti sekolah anak-anak :-
*
Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu.
*
Bawa keluarga melancong dalam negeri. Lawatlah temapt-tempat yang menarik di seluruh negara bersama anak-anak. Kalau anda kurang mampu, bawalah anak-anak berkelah ditepi pantai atau taman rekreasi.
*
Bersukan atau bermain bersama anak-anak. Ajar anak-anak permainan tradisional.
*
Menonton bersama anak-anak. Apabila menonton televisyen bersama, bincang dengan anak-anak rancangan yang ditonton serta iklan-iklan yang disiarkan.
*
Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.
*
Kalau ada perpustakaan awam yang berhampiran anda, bawalah anak-anak ke sana dan tanamkan tabiat membaca
*
Kalau anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak.
*
Menggalakkan anak-anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri kelas tarian, kelas vokal, kelas muzik dan kelas drama
*
Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan
27.5.10
DIFUSI DAN INOVASI PENDIDIKAN
Kreatifitas adalah penyatuan pengetahuan dari berbagai bidang pengalaman yang berlainan untuk menghasilkan ide-ide baru dan lebih baik.
Langkah proses kreatif:
* Penemuan masalah;
* Persiapan;
* Pengendapan;
* Wawasan;
* Taktik.
Mengembangkan kreatifitas:
1. Imajinasi – kreatif;
2. Keleluasaaan – kebebasan pikiran;
3. Gila / aneh;
4. Hubungan antara obyek – melahirkan ide-ide.
Guru harus memiliki kompetensi: Pedagogi, Profesional, Individual dan Sosial
1. Planning Instructions (Merencanaan Pembelajaran);
2. Implementing Instructions (Menerapkan Pembelajaran);
3. Performing Administrative Duties (Melaksanakan Tugas-Tugas Administratif);
4. Communicating (Berkomunikasi);
5. Development Personal Skills (Mengembangkan Kemampuan Pribadi);
6. Developing Pupil Self (Mengembangkan Kemampuan Peserta Didik).
Merencanakan;
* Melaksanakan;
* Memberikan umpan balik.
Metode Mengajar & Keterampilan Mengajar:
* Pendekatan Kelompok;
* Pendekatan Individu.
Metode Mengajar Kelompok:
* Metode Kuliah (Ceramah);
* Metode Diskusi;
* Metode Simulasi;
* Metode Demonstrasi & Eksperimen;
* Metode Inquiry & Discovery (Menyelidiki & Menemukan).
* Mastery Learning;
* Metode Bloom.
Keterampilan Mengajar:
* Bertanya Dasar;
* Memberi Penguatan;
* Mengadakan Variasi;
* Menjelaskan;
* Membuka dan Menutup;
* Memimpin Diskusi Kelompok Kecil;
* Mengelola Kelas;
* Mengajar Kelompok Kecil dan Perorangan.
Penelitian Tindakan KelasAction Research
Classroom Research:
Tindakan yg dilakukan oleh guru untuk meningkatkan cara mengajarnya sendiri atau koleganya, & untuk menguji asumsi teori dalam praktek.
Prosedur:
1. Pengembangan Fokus;
2. Perumusan & Persiapan;
3. Pelaksanaan & Metode Pengumpulan Data;
4. Analisis Data & Refleksi;
5. Perencanaan Kembali.
Prinsip:
1. Metode tidak boleh mengganggu komitmen mengajar;
2. Pengumpulan data tidak menambah waktu guru;
3. Metodologi menyesuaikan dengan situasi kelas;
4. Masalah sendiri di kelas;
5. Prosedur etik;
6. Fokus terhadap kegiatan (semua komponen).
PORTOFOLIO ASSESSMENT
* Traditional Assessment:
* Paper-pencil test;
* keterampilan/pengetahuan tertentu;
* Bentuknya : test objektif, multiple choice, dll;
* Kriteria standar/seragam.
Authentic assessment:
* Peserta didik untuk mengukur, memproduksi & mengkontruksi pengetahuan sendiri;
* Active leaner;
* Meaningfull learning.
Karakteristik:
1. Menggambarkan perkembangan kemampuan seseorang dalam satu bidang;
2. Bukti autentik dari kemampuan seseorang;
3. Menggambarkan kemampuan secara komprehensif, menilai kemampuan siswa secara utuh.
Prosedur:
1. Tujuan umum dari tujuan program pembelajaran;
2. Tujuan portofolio bagi setiap siswa;
3. Portofolio untuk unit-unit pelajaran;
4. Pengembangan Self evaluation;
5. Perluasan cakupan pengetahuan;
6. Penulisan responsi;
7. Dialog konvensi;
8. Kriteria evaluasi;
9. Sidang Portofolio/dialog akhir.
Guru masa kini dan dulu....
CABARAN.
EMOSI
Antara cabaran paling utama bagi guru alaf baru ialah pengendalian emosi yang baik.Kecemerlangan seorang guru di dalam pengajarannya tidak mungkin begitu andai dirinya tidak mampu mengawal emosi sendiri.Guru-guru harus memahami , pendidik masakini memang terlalu banyak tugasnya.Tetapi ianya harus dilihat dari sudut rasional dan kepentingan bersama.Seandainya emosi yang tidak berfikir secara waras , maka timbullah perasaan tertekan terhadap bebanan kerja yang sebenarnya merupakan tanggungjawab pendidik sendiri.Merungut bukanlah penyelesaian yang baik.Menyalahkan orang lain juga bukan suatu jawapan yang baik.Maka tidak lain dan tidak bukan, di dalam menghadapi beban yang pelbagai ini, strategi perlu disusun rapi.Pembahagian tugas perlu dilaksanakan dengan effektif.Berat sama dipikul , ringan sama dijinjing.
Memang guru juga insan biasa.Adakalanya berdepan dengan keadaan murid dan pelajar yang agak keterlaluan tindak tanduknya.Kita adakalanya pening memikirkannya.Mengapa dahulu, kita tidak melawan apabila dimarahi guru, walaupun adakalanya guru juga silap di dalam melaksanakan sesuatu tindakan.Saya pernah berhadapan dengan situasi di herdik murid sendiri.Diherdik oleh seorang murid 9 tahun dengan kata-kata yang kesat.Kesannya masih terasa sehingga ke hari ini.Menggeletar seluruh badan ketika itu.Saya buntu memikirkan bagaimana boleh terfikir seorang insan mengherdik gurunya sendiri yang sekian lama mendambakan diri memberikannya ilmu.Itulah juga rasanya tahap kesabaran saya diuji dengan begitu dahsyat sekali.Saya boleh membalasnya kembali malah menggunakan dendaan yang hebat sebagai balasan.Tetapi entah mengapa dari mana datangnya kekuatan untuk hanya bersabar dan tidak pun melawan, walaupun ketika itu maruah diri sudah disiat-siat dicalar.Saya belajar suatu perkara.Rupanya orang menghargai kesabaran tersebut.Insan yang hebat adalah insan yang mampu mengawal kemarahannya sendiri.Memang benar.
Saya percaya setiap guru pasti pernah menghadapi saat-saat getir menghadapi pergolakan emosi.Itu tidak termasuk konflik dengan rakan sekerja yang pasti memeningkan.Bagi guru-guru yang terpaksa berpisah beribu batu dengan keluarga tercinta, nilai kesabaran anda pasti dibalas Allah suatu hari nanti.
CABARAN MEMBANGUN MODAL INSAN DIRI INSAN GURU.
Sewaktu lawatan jemaah Nazir mahupun Pemantau Jabatan Pelajaran Negeri, antara perkara yang dibincangkan adalah dimana letaknya guru di tengah-tengah masyarakat.Sesetengahnya pula akan berbual dengan mungkin jawatankuasa masjid terdekat, ajwatankuasa penduduk terdekat.Ada atau tidak guru-guru yang tinggal berhampiran dengan kawasan tersebut melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan.tambahan pula guru tersebut merupakan seorang ustaz atau ustazah.Ada atau tidak menjenguk surau dan masjid.Memberi bingkisan tazkirah mahupun mengajar anak-anak mengaji Al-Qur’an.Bunyinya memang remeh.Sudahlah guru dibebani dengan bebanan tugas, ditambah pula dengan penglibatan dengan masyrakat.Tetapi itulah sebenarnya antara tanggungjawab seorang pendidik.Perlu turun bersama dengan masyarakat.Menjadi pemimpin, ahli jawatankuasa, penggerak dan sebagainya.Untuk itu, sudah pasti seorang guru pasti memiliki ciri-ciri keinsanan yang tinggi.Guru perlu bijak berkomunikasi dan pintar apabila diajak berunding.Mampu pula mengendalikan mesyuarat.Apatah lagi mampu mengimamkan solat dan memimpin majlis-majlis ilmu.Di sinilah diri insan guru diperlihatkan.Disinilah kredibiliti guru perlu dilonjakkan ke suatu mercu.masyarakat memerlukan anda.Adakah guru sudah bersedia dari pada sudut kemahiran dan ilmu?.guru yang rapat dengan masyarakat akan dipandang mulia dan dihormati kerana ketokohannya.
Cabaran tersebut merupakan asam garam yang perlu dilalui oleh seorang guru.Mahu tidak mahu ianya pasti dan harus dilalui bukannya dielakkan.Emosi yang harmoni pasti menghasilkan hasil kerja berkualiti.Manakala penglibatan dengan ahli masyarakat sebenatnya menguji daya tahan seorang guru mendepani masyarakat umum.
Guru...realiti cabaran seorang guru pada masa ini
Guru...realiti cabaran seorang guru pada masa ini
Saban hari kita didedahkan dengan pelbagai cerita tentang guru yang dilihat sebagai hilang pertimbangan dalam mendidik anak bangsa. Media massa yang mencari berita sensasi selalu tersenyum puas apabila dapat mengeluarkan cerita sensasi sebegini. Kita dapat melihat pada masa kini, disiplin murid berada pada tahap yang amat membimbangkan. Tetapi salah siapakah sebenarnya perkara ini terjadi? Guru yang cuba untuk mendidik murid agar menjadi insan yang berguna sering dipersalahkan apabila menggunakan pendekatan yang dikatakan agak keterlaluan. Tetapi adakah hanya dengan memberi kaunseling, memarahi murid sahaja sudah cukup untuk mendisiplinkan murid? Untuk mendidik murid, kadang-kadang guru perlu untuk bertindak lebih tegas seperti merotan, memulas telinga dan sebagainya tetapi tidaklah sampai patah, capik dan sebagainya..Namun guru pada hari ini seolah-olah telah diikat tangannya dan hanya mampu melihat 'kenakalan' anak murid yang saban hari semakin berani melanggar disiplin kerana 'ketidakupayaan' guru.. Guru yang dahulunya hanya mampu melihat akan 'kenakalan-kenakalan' extrem ini akhirnya akan hilang kesabarannya apabila kredibilitinya sebagai seorang guru diperkotak katikkan lantaran sikap murid yang semakin keterlaluan. Maka kita dapat melihat pada masa kini bermacam-macam kisah guru yang dipertontonkan kerana tidak berupaya lagi untuk memendam perasaan. Selain itu, akhir-akhir ni semakin galak pula akhbar menyiarkan berita mengenai ‘keganasan’ guru mendera pelajar. Antara yang menggegarkan negara kita baru-baru ini: 1. seorang guru besar sekolah menengah telah menampar 22 pelajar kerana gagal atau sengaja gagal siapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru mereka 2. seorang guru telah merotan beberapa pelajar tahun 3, juga kerana gagal siapkan kerja rumah 3. seorang warden asrama pelajar perempuan telah mendenda lebih 200 pelajar berendam dalam kolam atas kesalahan perbuatan membuang tuala wanita dalam tandas Persoalannya, apakah tindakan guru-guru berkenaan wajar diklasifikasikan sebagai penderaan? Mengapa media ataupun kumpulan ibubapa yang komplen itu langsung tidak menganggap tindakan guru-guru tersebut sebagai satu proses pendidikan? Inikah caranya untuk kita melahirkan generasi yang akan datang..kawan-kawan boleh tak kita sama-sama berkongsi pendapat tentang isu ini…
26.5.10
24.5.10
Langgan:
Catatan (Atom)